Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Misi buru slot penentuan tempat ke-3

on Saturday, 17 November 2012

Johor Bahru: Selepas impian mempertahankan kejuaraan lebur, skuad Projek 2013 yang berdepan India pada aksi terakhir harus tiada pilihan lain selain mencatat kemenangan untuk memburu slot penentuan tempat ketiga pada Kejohanan Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, petang ini. 

Jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah perlu bijak mencorak permainan taktikal lebih berkesan apabila berdepan tuan rumah Kejohanan Piala Dunia Remaja tahun depan itu yang sudah layak beraksi di pentas final selepas mengungguli carta dengan mengumpul 10 mata. 

Sepanjang empat perlawanan yang diharungi, skuad negara sering ketinggalan dengan jaringan awal pasukan lawan dan memaksa barisan pemain bekerja keras bangkit namun hampa apabila kerapuhan benteng pertahanan yang goyah membiarkan gawang dibolosi. 


Namun, Dhaarma enggan menyalahkan barisan pemainnya yang gagal merealisasikan impian layak ke pentas final buat kali kedua, sebaliknya menganggap mereka masih dalam proses pembelajaran sebelum Piala Dunia di New Delhi, Disember tahun depan. 

Selepas empat perlawanan kita harungi, hanya satu kemenangan diraih apabila menewaskan Jerman 3-2 namun tiga aksi seterusnya agak goyah dan mungkin mereka terlalu bersemangat buru kemenangan menyebabkan hilang tumpuan sehingga tumpas kepada pasukan lawan. 

Jadi, saya harap pemain dapat memperagakan aksi berbeza dalam perlawanan terakhir petang esok (petang ini) untuk mencatat kemenangan kedua, katanya. 

Dhaarma juga mengakui skuad negara kerap gagal menyempurnakan peluang pukulan sudut penalti dan ia harus diatasi segera. 
Sepanjang empat perlawanan lalu, pukulan sudut penalti kita tidak cukup tajam walaupun sudah buat yang terbaik malah perubahan taktik dengan cuba memperdaya pasukan lawan juga masih belum mampu menembusi gawang gol lawan. 

Saya anggap kegagalan itu agak serius dan perlu diatasi segera, katanya.

Del Nero tekad bantu Johor bolot semua kejuaraan



Johor Bahru: Pemain import Johor dari Itali, Simone Del Nero bertekad mempamer sentuhan magis bersama skuad Harimau Selatan ketika mengharungi kempen saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Del Nero yang sah menjadi milik Johor selepas bersetuju dengan kontrak setahun dan tambahan setahun lagi akan menggunakan segala pengalaman selama 20 tahun beraksi di Eropah terutama ketika mewakili kelab Lazio pada saingan Serie A Liga Itali. 

Satu pengalaman baru beraksi di Asia malah ia juga membuka lembaran baru kepada bola sepak Malaysia yang mula dikenali di Eropah. 


Ia bermula selepas PBNJ mengikat kontrak Guiza apabila media di Itali melaporkan mengenai penghijrahan pemain itu ke Johor.

Walaupun keadaan padang di Malaysia mungkin tidak setanding di Eropah, saya tidak anggap ia sebagai alasan untuk mempamer aksi terbaik kerana sebagai pemain profesional, saya harus bersedia dalam apa jua situasi, katanya di Hotel Thisle, petang semalam. Turut menyambut pemain berkenaan ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Dia yang tiba ke Johor Bahru, petang semalam meletakkan sasaran untuk membantu Johor merangkul semua kejuaraan Liga M - Piala Liga, Piala FA dan Piala Malaysia musim depan.

Sementara itu, pengurus merangkap ketua jurulatih Johor, Fandi Ahmad mengakui betapa Del Nero memiliki kehebatan skil individu menarik. 
Simone (Del Nero) akan menjadi perancang utama Johor dan saya tidak teragak-agak menggandingkannya bersama Safiq Rahim, katanya.

Ranking FIFA Dunia 2012. Malaysia . Jatuh di Kedudukan-156 Dunia!!

on Thursday, 15 November 2012

Malaysia Ranking FIFA Dunia 2012. Malaysia Dihimpit Samoa & Yemen. Jatuh di Kedudukan 156 Dunia!!





Bola sepak Malaysia ibarat permainan yoya. Ketika peminat bola sepak memberikan harapan menggunung kepada prestasi pasukan Malaysia, entah apa silapnya prestasi pasukan Malaysia tiba-tiba boleh berpusing 360 darjah dan menjunam semula dalam tempoh sekelip mata Terbaru, ranking FIFA Malaysia telah jatuh sebanyak 4 anak tangga iaitu ke tangga 156 dalam senarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
  • Ketika pasukan Malaysia gagal bermain dengan baik, jurulatih acapkali bertukar. Kepimpinan atas masih lagi “kebal”
  • Ketika ranking FIFA Malaysia jatuh, senaraian pemain dan jurulatih cukup goyah. Bila-bila masa sahaja boleh ditukar ganti. Tetapi…..kepimpinan atas masih lagi “utuh” di atas sana
  • Ketika pasukan Malaysia tidak menunjukkan prestasi yang sebenar dan acapkali kalah dalam beberapa perlawanan, pemain dan jurulatih begitu teruk dihentam oleh kalangan peminat bolasepak Malaysia. Tetapi kepimpinan atas masih terus teguh bersama-sama jawatan masing-masing yang dilihat begitu “galat” untuk ditinggalkan mereka

Jikalau mahu dibandingkan daripada infrastruktur dan kemudahan yang disediakan Malaysia lebih dilihat jauh ke hadapan meninggalkan negara-negara seperti Bangladesh dan Nepal. Tetapi…hakikatnya, ranking FIFAdunia telah meletakkan :

  1. Bangladesh (ke-152)
  2. Malaysia (ke-156)
  3. Nepal (ke-149)

Ranking FIFA 300x160 Ranking FIFA


Vietnam yang suatu ketika dahulu hanya dipandang enteng sahaja dalam dunia bola sepak telah berjaya diangkat sebagai negara terbaik di rantau Asia Tengara apabila masih lagi tergolong dalam 100 pasukan bola sepak terbaik dunia.


Ranking FIFA 2012 (Kalangan Negara-negara Asia Tengara)


  1. Vietnam (ke-97)
  2. Thailand (ke -141)
  3. Filipina (ke-148)
  4. Indonesia (151)
 
© CERITA PILIHAN RAKYAT All Rights Reserved