Bola sepak Malaysia ibarat permainan yoya. Ketika peminat bola sepak memberikan harapan menggunung kepada prestasi pasukan Malaysia, entah apa silapnya prestasi pasukan Malaysia tiba-tiba boleh berpusing 360 darjah dan menjunam semula dalam tempoh sekelip mata Terbaru, ranking FIFA Malaysia telah jatuh sebanyak 4 anak tangga iaitu ke tangga 156 dalam senarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
- Ketika pasukan Malaysia gagal bermain dengan baik, jurulatih acapkali bertukar. Kepimpinan atas masih lagi “kebal”
- Ketika ranking FIFA Malaysia jatuh, senaraian pemain dan jurulatih cukup goyah. Bila-bila masa sahaja boleh ditukar ganti. Tetapi…..kepimpinan atas masih lagi “utuh” di atas sana
- Ketika pasukan Malaysia tidak menunjukkan prestasi yang sebenar dan acapkali kalah dalam beberapa perlawanan, pemain dan jurulatih begitu teruk dihentam oleh kalangan peminat bolasepak Malaysia. Tetapi kepimpinan atas masih terus teguh bersama-sama jawatan masing-masing yang dilihat begitu “galat” untuk ditinggalkan mereka
Jikalau mahu dibandingkan daripada infrastruktur dan kemudahan yang disediakan Malaysia lebih dilihat jauh ke hadapan meninggalkan negara-negara seperti Bangladesh dan Nepal. Tetapi…hakikatnya, ranking FIFAdunia telah meletakkan :
- Bangladesh (ke-152)
- Malaysia (ke-156)
- Nepal (ke-149)
Vietnam yang suatu ketika dahulu hanya dipandang enteng sahaja dalam dunia bola sepak telah berjaya diangkat sebagai negara terbaik di rantau Asia Tengara apabila masih lagi tergolong dalam 100 pasukan bola sepak terbaik dunia.
Ranking FIFA 2012 (Kalangan Negara-negara Asia Tengara)
- Vietnam (ke-97)
- Thailand (ke -141)
- Filipina (ke-148)
- Indonesia (151)