Skirt Labuh Fesyen Masa Kini

on Wednesday 14 November 2012

Fesyen skirt labuh merupakan fesyen sopan bagi penggemar fesyen masa kini. Fesyen ini bukan sahaja kelihatan sopan, malah ia tetap kelihatan fashionable bagi sesiapa sahaja yang menggayakannya.

Kini terdapat pelbagai corak dan jenis skirt labuh boleh didapati di pasaran. Sama ada dari jenis cotton, lycra, satin dan pelbagai lagi. Ia bukan sahaja boleh didapati di butik pakaian pusat-pusat membeli belah, malah turut dijual secara online di blog-blog tempatan. Maka, ia membolehkan para penggemar fesyen ini memilih serta mendapatkan corak dan jenis skirt labuh mengikut kesesuaian serta citarasa pilihan masing-masing.

Disamping itu, fesyen skirt labuh ini juga amat sesuai untuk digayakan dalam pelbagai acara dan majlis mengikut situasi dan keadaan tertentu. Jadi, tidak hairanlah jika fesyen skirt labuh ini menjadi pilihan para wanita masa kini. Selain itu, penggayaan skirt labuh ini amat sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai cara, sama ada dipadankan dengan t-shirt biasa, kemeja, mahupun blouse. Ditambah pula dengan padanan tali pinggang sebagai aksesori tambahan, bagi menyerlahkan lagi penampilan si pemakai untuk kelihatan lebih bergaya.
Ranking: 5
 
© CERITA PILIHAN RAKYAT All Rights Reserved