Panas! Episod Pergaduhan Amy Search dan Hanez Suraya

on Friday 16 November 2012


HarianMetro baru-baru ini ada melaporkan bahawa Amy Search tengah mengamuk dengan pelakon baru, Hanez Suraya melalui laman sosial Instagram. Kisahnya berpunca apaila Hanez mengeluarkan dakwaaan tuduhan kepada isteri Amy, Norhasniza Hassan. Tuduhan itu adalah menuduh Nourish buat kecoh dan tidak professional ketika berurusan di bank tempat adiknya bekerja.



Namun sangkaan itu disangkal sendiri oleh Nourish yang mendakwa dia ke bank adalah untuk mengeluarkan wang dan kebetulan pekerja bank berkenaan mempunyai iras muka Hanez Suraya

“Saya menegurnya adakah awak adik kepada Hanez Suraya dan dia mengakuinya.

Saya kemudiannya memohon maaf kerana abang Amy tegur kakaknya dalam twitter,” katanya Norhasniza.

Namun dalam pada masa yang lain Hanez telah meminta maaf kepada Amy Search .

@AkuAmySearch “Mlm (malam) tdi (tadi) bergaul dgn (dengan) pelakon2 (pelakon-pelakon) n (dan) ‘we respect each other’. Anis suraya (Hanez Suraya) tu alahai senyum pn (pun) tak”. 

“Sebagai seorang pendatang baru saya menebal perasaan segan untuk menegur abang Amy, saya juga bimbang di salah tafsir. Sebenarnya saya hormat abang Amy dan isteri. Apapun jika perlakuan saya tidak menegur membuatkan beliau tersinggung, saya mohon maaf,” kata Hanez.
Ranking: 5
 
© CERITA PILIHAN RAKYAT All Rights Reserved