Makruh Mengatakan Khabuthat Nafsi (Diriku Buruk)

on Wednesday 14 November 2012

As-Sual:
---------------------
Kadang-kala dalam dialog dengan seseorang, kita mungkin sering menyebut: 
"Saya ni buruk, saya ni tak cantik, saya ni hodoh, tak kacak.."
Adakah perkataan ini sesuai untuk digunakan sedangkan hakikatnya memang benar dan dirinya sendiri mengakuinya.? 

Jika tidak sesuai bagaimana cara sebaiknya? Bincangkan..

----------------------------
Al-Jawab: 
Bismillah Al-rahman al-Rahim. Terima kasih kepada semua yang berusaha untuk menjawabnya, semua jawapan anda benar, tidak saya katakan salah, bahkan saya meraikan perbezaan jawapan tersebut. Tiada jawapan yang salah secara fatal (terlalu salah), hanya sahaja ada yang tidak tepat dengan konteks soalan yang saya ajukan ini. Apapun terima kasih kerana berusaha menjawabnya. 

---------------------------------------
Beberapa orang huffaz al-hadith telah meriwayatkan hadith berkaitan bab ini. Antaranya ialah:
1. Al-Bukhari. Beliau memasukkan isu ini dalam Sahihnya dalam kitab الأدب dalam bab لا يقل خبثت نفسي (larangan mengatakan diriku buruk/ khabuthat nafsi).
2. Muslim. Beliau memasukkan isu ini dalam Sahihnya dalam kitab الألفاظ من الأدب وغيرها (lafaz yang termasuk dalam adab dan selainnya) dalam bab كراهة قول الإنسان خبثت نفسي (Makruh seseorang mengatakan diriku buruk).
dan sebagainya.

-------------------------
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ح و حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ كِلَاهُمَا عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمْ خَبُثَتْ نَفْسِي وَلَكِنْ لِيَقُلْ لَقِسَتْ نَفْسِي هَذَا حَدِيثُ أَبِي كُرَيْبٍ و قَالَ أَبُو بَكْرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَذْكُرْ لَكِنْ و حَدَّثَنَاه أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ بِهَذَا الْإِسْنَادِ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin 'Uyainah; Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya, Dan telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib Muhammad bin Al A'la; Telah menceritakan kepada kami Abu Usamah keduanya dari Hisyam dari Bapaknya dari 'Aisyah dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

"Janganlah sekali-kali salah seorang kamu berkata: 'Khabusat nafsi' (diriku buruk), tetapi katakanlah: 'Laqisat nafsi' (diriku kurang)." 'Ini adalah Hadits Abu Kuraib. Abu Bakr berkata; dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, namun dia tidak menyebutkan kata; 'Wa laakin.' (akan tetapi). Dan Telah menceritakannya kepada kami Abu Kuraib Telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah melalui jalur ini.

(Riwayat Bukhari dan Muslim, dan selain mereka. Lafaz ini lafaz Muslim.)

Allahua'lam.
Ranking: 5
 
© CERITA PILIHAN RAKYAT All Rights Reserved