Lawak kontroversi Rosyam Noor ketika Menjadi Penyampai ASK2012

on Monday 12 November 2012

Susulan lawak kontroversi yang dibuat oleh Rosyam Noor ketika menjadi penyampai Anugerah Skrin 2012, Metro Ahad semalam telah berjaya mendapatkan respon daripada tuan punya badan. Rosyam menegaskan yang dia tidak berniat mempersendakan sesiapa sebaliknya hanya menyampaikan maksud jelas mengenai peraturan stesyen tv.

stesyen tv rosyam

Bukan niat saya mahu mempersenda mana-mana stesen televisyen tapi menyampaikan maksud jelas mengenai peraturan stesen TV dan mengangkat Gagasan 1Malaysia. Ketika saya menyebut stesen TV Alhijrah, maksud saya ialah stesen itu mengangkat lakonan mengikut landasan Islam. Begitu juga sepatutnya Snow White dicium sebelum saya tersedar dan katakan ini Malaysia bukan Amerika. Mesej saya untuk karyawan seni tempatan supaya memahami peraturan stesen TV itu sendiri. Begitu juga saya menyelitkan mesej antara saya dengan orang kerdil iaitu jika saya sumpah kami menjadi tinggi, orang kerdil itu menjawap, saya takut lupa diri.



Ok ada logiknya penjelasan daripada Rosyam Noor. Kiranya dialog yang dilontarkan oleh Rosyam adalah bukan satu lawak jenaka, sebaliknya hanya fakta semata-mata. Diharap anda semua berpuas hati dengan penerangan panjang lebar ini.
Ranking: 5
 
© CERITA PILIHAN RAKYAT All Rights Reserved